Wednesday, March 10, 2010

Pengangkutan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pengangkutan merupukan sesuatu yang amat penting untuk bergerak atau menuju ke sesuatu dinasti yang ingin ditujui. Tetapi kadang- kadang ia boleh menjadi satu pekara yang boleh menyebabkan hadirnya sifat tidak puas hati, marah dan geram di dalam hati. Pekara ini sememangnya berlaku di seluruh tempat di malaysia tetapi ia tidak terjadi di negara-negara maju serta negara barat kerana sikap para masyarakat dan pekerjanya yang mengamalkan sikap prihatin dan menghormati orang lain dalam menjalani sebuah kehidupan dalam masyarakat. HAl ini terjadi di uitm di sebuah tempat yang dirasiakan lokasinya di mana para pekerja yang terlibat dalam pengangkutan awam telah melakukan pekara yang boleh membuat orang marah. Misalnya teksi yang selalu mengenakan bayaran yang tinggi kepada students ini mungkin kerana sebahagian dari mereka beranggapan bahawa pelajar uitm agal mewah kerana mereka memperolehi biasiswa. Hal kedua pula adalah yang berkaitan dengan bas atau lebih dikenali sebagai bas kuning. Bas ini biasanya apabila ingin mengambil penumpang akan memastikan di dalam bas tersebut penuh dengan penumpang dan kadangkala ia mengambil masa yang agak lama untuk memenuhkan semua penumpang yang rata-ratanya adalh students. Pernah terjadi pada suatu ketika dimana saya terpaksa menunggu masa yang agak lama untuk pulang ke uitm atas permintaan driver untuk mendapatkan lebih banyak penumpang. Pada pandangan saya janganlah terlalu mementingkan keuntungan dalam perniagaan sehingga menyebabkan orang lain teraniaya atau mendapat kesusahan dan janganlah mendatangkan kemarahan kepada orang lain sehingga terpaksa menunggu masa berjam-jam dan berminute-minute untuk pulang ke uitm semata untuk mendapatkan penumpang yang ramai untuk mendapat keuntungan yang lebih.

Risau dan ketakutan ketika test ctu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari selasa 9.3.2010 saya bakal menjawab soalan peperiksaan ctu atau lebih dikenali sebagai peperiksaan agama islam. Sebelum menghadapi soalan peperiksaan ctu saya telah mempunyai banyak waktu untuk mengulangkaji. Walaubagaimanapun masa yang ada pada saya agak terganggu dengan adanya aktiviti kolej iaitu mitek. Aktiviti in pada asalnya saya tidak mengambil berat sangat tetapi disebabkan adanya cop kolej maka saya menghadiri juga aktiviti mitek. Tanpa disangka-sangka masa untuk menghadapi ujian ctu semakin dekat dan saya berasa amat risau kerana saya tidak sempat untuk menghabiskan semua tajuk yang bakal keluar di dalam peperiksaan. Lebih memeranjatkan lagi buku ctu yang dibaca oleh saya yang ditulis oleh che zuina binti ismail sangat berbeza isinya dengan keluaran buku yang terbaru yang ditulis oleh zulkifli dahalan. ketika itu terbayang- bayang di dalam kepala saya bahawa saya tidak akan dapat menjawab soalan peperiksaan. Tetapi alhamdullilah saya berjaya juga menjawab soalan peperiksaan ctu dan malah saya juga berjaya menjawab soalan esei. Tetapi terdapat sedikit kesusahan dalam menjawab soalan di bahagian objektif. Nasihat saya ialah berhati-hati terhadap bahan bacaan yang anda baca untuk menjawab soalan peperiksaan ini adalah kerana ada sesetengan nota tidak lengkap isinya dan sentiasalah mengambil nota yang versinya baru kerana terdapat banyak perubahan dan tambahan terhadap isi yang hendak dibaca berbanding dengan nota yang lama.