Sunday, October 18, 2009

Gembira-takut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nampaknya hanya beberapa minggu sahaja lagi kita akan bercuti selama 1 bulan. Dalam masa bercuti sebahagian daripada kita melakukan banyak aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Misalnya sebahagian daripada kita mungkin melancong keluar negara atau membeli belah di pusat-pusat jualan tertentu. pada masa itu kita mungkin merasa seronok dengan cuti semester yang diberikan kepada kita maklumlah masa cuti kita tidak perlu berfikir untuk peperiksaan, kertas kerja dan akitivi kokurikulum. Tetapi apabila masa cuti yang diberikan hampir tamat dan universiti akan dibuka semula kita akan merasa takut sedikit pada masa itu. Ini kerana dalam masa bercuti itu akan keluar satu kertas yang akan menentukan samaada kita akan dapat melanjutkan pelajaran ataupun tidak. pada masa itu berbagai soalan yang bermain dalam minda kita antaranya bagaimana perasaan ayah aku ketika result yang ditunjukan oleh aku teruk, bagaimana kalau aku gagal dalam matapelajaran, adakah aku dapat menyambung pelajaran. Oleh itu jika keputusan kamu untuk semester ini gagal apakah yang akan dilakukan oleh kamu. Oleh itu jika kamu melihat ketidakadaan saya untuk semester kedua ketahuilah bahawa saya telah digugurkan untuk melanjutkan pelajaran untuk semester kedua. saya berharap kawan-kawan teruskanlah perjuangan kamu untuk berjaya di uitm ini. Jadilah sebagai be seen or you are nobody. Selamat tinggal kawan-kawanku

Sunday, October 11, 2009

Segala-galanya


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sudah 18 tahun saya hidup di dunia ini. Sepanjang perjalanan hidup saya saya telah melihat banyak benda di dunia ini. Benda-benda tersebut menarik minat tetapi ia kadang-kadang tidak menarik minat saya. Bagi saya pekara yang paling penting dalam hidup saya ialah keluarga saya. Keluarga saya telah membesakan saya dengan penuh kasih sayang. Mereka telah menjaga saya dengan begitu baik dan mereka juga telah bersusah payah demi saya supaya saya berjaya di dunia dan akhirat. Bahkan mereka juga telah menyediakan berbagai-bagai kemudahan kepada saya supaya saya selasa dengan kehidupan yang banyak ranjau dan durinya. Tanpa mereka siapalah saya di dunia ini. Mereka juga telah mengajarkan saya berbagai-bagai ilmu pengatahuan supaya saya menjadi insan yang berguna di atas muka bumi ini. Dengan ilmu yang diajar itulah yang bakal menjadikan saya berguna dan dihormati oleh orang-orang di sekeliling saya. kedua yang terpenting dalam hidup saya ialah ilmu. Kerana dengan ilmulah yang akan mengankat darjat saya ke tahap yang lebih tinggi. Dengan ilmu pengatahuan juga menjadikan saya seorang yang mampu menilai pekara baik dan buruk. Melalui ilmu juga ia mencegah saya daripada tersesat ke arah kebenaran. Melalui ilmu juga ia mampu menghilangkan sifat rendah diri yang ada dalam diri saya. Oleh itu ilmu bagi saya adalah cahaya kehidupan. Pekara ketiga yang merupakan segala-galanya dalam hidup saya ialah iman. Melalui iman saya dapat mencegah diri saya daripada terpengaruh daripada pekara-pekara jahat yang dibisikkan oleh syaitan. Melalui imanlah yang menjadikan saya sentiasa berada di landasan yang benar dan ia juga merupakan satu sumber kekuatan yang ada dalam diri saya kerana iman memberikan semangat kepada saya untuk terus berjuang walaupaun di mana saya berada. Iman juga memberi ketenangan pada diri saya dengan sentiasa memberi nasihat kepada saya supaya sentiasa bertaqwa di dalam kehidupan ini. pekara keempat yang terpenting dalam diri saya ialah minda atau lebih dikenali sebagai akal. Melalui akal saya dapat mempelajari banyak benda yang berada di dunia ini. Melalui akal saya dapat memecahkan pekara-pekara rahsia yang terdapat di dalam dunia ini termasuklah pekara-pekara yang ganjil. ia juga boleh diertikan sebagua perdana menteri dalam diri saya kerana banyak nasihat yang diberikan kepada saya secara sedar ataupun tidak. Ia juga yang mampu menjadikan diri saya dihormati dan disegani. akal juga merupakan pekara ganjil di dalam kehidupan saya kerana kemampuannya masih menjadi rahsia bersamaan dengan jiwa. Pekara kelima yang terpenting dalam bagi saya ialah jiwa saya ataupun hati. Kerana dengan jiwa saya mempunyai pelbagai perasaan yang dapat saya rasai. Jiwa juga adalah pekara yang ganjil dalam diri saya kerana ia seolah-olah mempunyai perasaan yang tersendiri dan tidak mampu dikawal oleh saya. Bagi saya kelima-lima pekara ini yang merupakan segala-galanya dalam hidup saya kerana tanpanya kehidupan saya ibarat tiada talinya yang akan memimpin saya untuk hidup di dunia ini yang banyak pancarobanya. Merekalah segala-galanya.

Saturday, September 26, 2009

Kepulangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera setelah tamatnya bulan puasa dan hari raya maka tibalah masa untuk pulang semula ke uitm. Kepulangan ke uitm ini adalah bermaksud berakhirnya masa untuk berehat dan bergembira ini adalah kerana seluruh penduduk uim akan menghadapi satu hari yang amat menakutkan iaitu peperiksaan pertengahan dan akhir semester. Oleh itu minggu ini boleh dikatakan minggu study kerana kebanyakan assignment boleh dikategorikan sudah siap dan selesai. Oleh itu minggu ini juga bermakna kita hendaklah menjadi rajin semula kerana kita dikehendaki membasuh pakaian sendiri dimana ketika kepulangan ke rumah pada cuti hari raya yang lepas kita dapat membasuh baju kita melalui washer machine. Lebih menakutkan lagi cuti untuk study tidak diperuntukan kerana cuti tersebut telah digunakan ketika uitm dilanda penyakit h1n1 yang mana penyakit tersebut boleh menyababkan kematian. kepulangan ke uitm juga bermakna hilanglah untuk merasa makanan yang sedap-sedap dan pergi bersiar-siar bersama rakan dan teman-teman sejawat. Ini kerana di segamat tidak ada tempat yang menarik untuk dikunjungi melainkan melihat pemandangan serta menghirup udara yang segar kerana kebanyakanya adalah kawasan hutan. oleh itu kuatkanlah semangat untuk study setelah sudah menyambut hari raya dan menikmati cuti selama satu minggu.

Kesedihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya dan seluruh isi keluarga saya berasa sungguh sedih ketika menyambut hari raya adilfitri pada tahun ini. Ini adalah kerana seluruh isi keluarga saya dan saudara mara masih mengenag dan teringat kembali detik-detik menyambut hari raya bersama nenek saya yang telah meniggal dunia pada bulan august yang lepas. Kami sekeluarga tidak dapat melupakannya dan ingatan tersebut sentiasa berlegar-legar di ruang fikiran kami sekeluarga terutamanya saya. Ini adalah kerana saya boleh dikatakan antara yang terapat dengan nenek saya. saya masih teringat betapa meriah dan gembiranya kami menyambut hari raya bersama dengan nenek saya pada hari raya yang lepas. Setelah kematianya saya dapat merasakan kepulangan di kampung adalah tidak semeriah sambutannya seperti sambutan hari raya pada tahun-tahun yang lepas. Ini adalah kerana tidak ada lagi yang akan memberikan saya nasihat terutama dalam menempuh kehidupan di dunia ini yang banyak onar dan durinya. Ketika melintasi dapur di kampung saya dapat membayangkan ketika nenek masih hidup saya sentiasa menolong dan membantu nenek membuat ketupat dan rendang untuk dimakan di pagi syawal. saya juga dapat membayangkan setelah selesai solat hari raya nenek biasanya akan memberi duit raya kepada saya dan setelah kepergianya tidak ada lagi yang ingin memberi duit raya kepada saya lagi. Di hari raya ini saya banyak mendoakan nenek supaya rohnya tenteram dan damai di alam barzakh serta Allah s.w.t mengampunkan sekalian dosa-dosanya yang telah lalu. Oleh itu hargailah nenek anda ketika dia masih berada di bumi ini dan anda dikira bertuah kerana masih mempunyai seseorang yang sentiasa menyayangi dan menanti kepulangan anda di hari yang mulai ini hari raya.

Rancangan cuti semester


Assalamualaikum dan selamat sejahtera setelah habis peperiksaan akhir semester saya mohd hakimi bin abd razak bercadang ingin menggunakan cuti semester tersebut untuk mengambil lesen kereta yang sudah lama saya tinggalkan. Selain itu cuti semester ini juga dapat digunakan untuk melancong. Misalnya melancong ke pulau langkawi, melaka dan pulau langkawi, pulau tioman, pulau pangkor dan pulau perhentian. Walaubgaimanapun saya bercadang untuk melancong ke melaka kerana ia mengandungi banyak sejarah silam yang tidak dapat dilupai oleh bangsa melayu. Misalnya di melaka dapat mengatahui sejarah lagenda hang tuah dan sahabatnya yang bersungguh-sungguh mempertahankan bumi melaka daripada ancaman musuh di sekelilingnya terutamanya musuh daripada siam serta kepandaian dan kecekapan pemerintahan sultan-sultan melaka dalam mentadbir negara mereka. Selain itu di melaka juga dapat mengetahui tentang sejarah bangsa asing yang cuba menjajah melaka iaitu portugis dan belanda serta faktor penjajahan mereka. Di melaka bukan sahaja dapat mengatahui sejarah bangsa portugis dan belanda tetapi dapat melihat tinggalan banggunan yang telah ditinggalkan yang telah berusia ratusan tahun. Melalui tinggalan baggunan tersebut dapat diketahui mengapa portugis memilih untuk membina pertahananya di situ. Ini adalah tidak bukan kerana kawasan tersebut merupakan sebuah kawasan yang stategik. Di melaka juga dapat mengatahui tentang senjata-senjata tradisional yang digunakan oleh pejuang-pejuang melaka dalam mempertahankan diri mereka serta orang-orang besar melayu dan portugis seperti alfonso de albabequer dan sultan mansor syah dan tun mutahir. Di melaka juga dapat menikmati makanan istimewa mereka iaitu asam pedas mereka yang amat lazat serta cencaluk mereka. Di samping itu di melaka juga dapat mengenali orang-orang mereka yang baik hati dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain. Di melaka juga dapat menikmati kapal portugis yang dibina semula dimana pengunjung dan pelancong berpeluang melihat dan merasai tinggalan dan barang-barang yang digunakan oleh portugis untuk menjajah melaka seperti senapang dan bilik-bilik khas di dalam kapal tersebut. Di samping itu dapat mengatahui replika dan bentuk istana melaka yang dibina semula serta dapat mengatahui barang-barang perhiasan tradisional masyarakat melayu melaka. Oleh itu melaka mungkin menjadi tumpuan saya untuk melancong selepas tamat peperiksaan akhir semester.

Hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera setelah tamat bulan ujian iaitu bulan puasa selama 30 hari kita telah diberi satu hari yang amat gembira dan akan disambut oleh seluruh umat islam iaitu hari raya adilfitri. Hari raya adilfitri disambut oleh seluruh umat islam adalah bertujuan untuk mengingati kemenangan orang islam selepas sebulan puasa. Selain itu dengan menyambut hari raya adilfitri ini seluruh umat islam dapat saling maaf-memaafi antara satu sama lain yang secara tidak langsung dapat menghapuskan sifat-sifat mazmumah dan negatif yang ada pada diri setiap orang muslim. Hari raya ini juga menggalakan umat islam saling kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Dengan saling kunjung-mengujungi ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama muslim dan dapat mewujudkan sikap saling bantu-membantu. Ia juga dapat membuang sifat rasa asing pada diri seseorang. Di samping itu pada hari raya ini juga dapat menghapuskan dosa sesama makhluk yang bergelar manusia kerana di hari raya ini umat islam digalakan supaya saling bermaaf-maafan dan melupakan pekara yang telah berlaku. Hari raya juga dapat membantu golongan fakir miskin kerana pada hari raya kita akan menjamu tetamu untuk menikmati hidangan yang telah disediakan secara tidak langsung telah dapat menghilangkan rasa lapar dan dahaga yang ada pada tetamu tersebut lebih-lebih lagi jika tetamu tersebut adalah seorang fakir miskin. Pada hari raya juga juga kita digalakan membayar zakat. Dengan duit zakat tersebut dapat digunakan untuk membantu umat islam yang kurang bernasib baik dan dapat digunakan untuk pembanggunan umat islam misalnya dalam ekonomi. Dengan duit zakat tersebut juga mereka orang islam yang miskin dapat juga merasa kegembiraan untuk menyambut hari raya adilfitri. Walaubagaimanapun pada hari raya adilfitri ini umat islam hendaklah sentiasa mengawal hawa nafsu mereka sepertimana mereka mengawal hawa nafsu mereka ketika bulan puasa dan yang paling penting mereka umat islam mempertingkatkan amalan ibadat mereka seperti mana mereka mempertingkatkannya pada bulan puasa. Oleh itu hayatilah hari raya aidilfitri ini dengan sebaik-baiknya kerana di luar sana ada yang kuarang bernasib baik.

Friday, September 4, 2009

Berbuka puasa di luar bersama D1E5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada hari isnin saya bersa sungguh gembira kerana pada hari tersebut kumpulan saya iaitu d1e5 telah mendapat peluang untuk berbuka puasa di luar bersama lecture kami iaitu miss shima. Ia begitu seronok sekali kerana kami dapat merasakan kelainan apabila berbuka puasa secara berseorangan dengan secara beramai-ramai. pekara yang paling menyeronokkan lagi ialah makan di luar terdapat pelbagai lauk-pauk berbanding makan di kampus yang hanya terhad kepada makanan-makanan tertentu sahaja.Berbuka puasa di luar bersama rakan-rakan membuatkan saya terfikir ia bukan sahaja untuk keseronokan tetapi ia dapat membuatkan hubungan silaturahim kita bertambah kuat diantara satu sama lain. Bagi diri saya berbuka bersama kawan-kawan telah memberikan saya satu peluang untuk berkenalan dengan ahli-ahli kumpulan saya yang tidak dikenali. Dengan mengenali ahli-ahli kumpulan saya ia memberi peluang kepada saya untuk mendapat sesuatu pertolongan apabila diperlukan. Di samping itu berbuka puasa bersama mereka membolehkan saya bebrbincang tentang matapelajaran yang tidak difahami oleh saya dan memudahkan saya untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang belum diketahui. Berbuka puasa bersama mereka juga membuatkan saya berasa saya tidak keseorangan apabila berada di kampus ini. Pekara yang paling penting sekali ia telah mengajar saya yang bahawa kehidupan di kampus ini kita tidak boleh hidup secara berseorangan kita memerlukan pertolongan rakan-rakan untuk berjaya di uitm ini. Berbuka puasa bersama mereka juga dapat melepaskan tension dan pekara-pekara yang membimbangkan saya ketika berada di uitm ini. Apa yang diharapkan oleh saya aktiviti seperti ini diadakan lagi kerana ia amat menyeronokkn bagi diri saya.

Hampa dan sedih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari jumaat bersamaan dengan 4.9.2009. Ia merupakan pekara yang amat sedih berlaku pada diri saya dan sebahagian dari kumpulan saya iaitu d1e5. Ini kerana assignment yang telah dibuat oleh saya telah dipulangkan semula kepada saya kerana ia tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ia tidak lain tidak bukan ialah assignment imd 102. Ia amat menyedihkan saya kerana sebahagian daripada masa saya telah digunakan untuk membuat assignment tersebut. Disebabkan assignment tersebut tidak diterima maka saya terpaksa membuat assignment yang lain. Untuk membuat assignment yang lain ia amat menakutkan saya kerana assignment tersebut hendaklah dihantar pada minggu depan iaitu pada hari sabtu iaitu pada 9.9.2009. Ini adalah kerana minggu pada minggu tersebut adalah minggu menjawab soalan quiz dan test. Oleh itu saya berasa takut jika tidak dapat menyiapkannya. Disebabkan ia tidak diterima saya terpaksa menyiapkannya secepat mungkin. Daripada masalah tersebut ia membuatkan saya terfikir adakah saya akan berjaya di uitm seperti orang-orang lain ini disebabkan banyak lagi buku-buku yang tidak dibaca oleh saya untuk menjawab peperiksaan terutamanya test akhir semester. Lebih teruk lagi pada hari khamis 3.9.2009 walaupun sudah mengulangkaji matapelajaran ctu 101 saya masih lagi tidak dapat menjawab soalan test tersebut. Lebih menyedihkan lagi saya telah tersilap meletak jawapan ketika menjawab soalan peperiksaan tersebut. Inilah yang membuatkan saya terfikir adakah saya akan berjaya seperti orang lain di uitm. Saya akan melihat keputusan saya pada peperiksaan akhir tahun ini. Jika keputusan saya teruk terpaksalah saya keluar dari uitm ini. Mungkin saya tersilap langkah memasuki uitm. Ia juga merupakan petanda bahawa saya masih belum boleh menyesuaikan diri dan belum mencapai hasrat yang diingini oleh seluruh universiti. Pada waktu tersebut saya terfikir apakah yang akan terjadi pada masa depan saya adakah ia baik atau pun gelap.

Baju kolej

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari khamis iaitu 3.9.2009 . Ia ada satu pekara yang boleh membuatkan saya berasa marah. Ini adalah kerana kami penduduk sempana riau atau self-responsibility telah dipaksa membeli baju sempana riau berharga Rm 25.00. Ia bukan sahaja mahal tetapi tidak masuk akal. Ini kerana mereka yang tidak membeli baju kolej tersebut telah dikategorikan tidak akan mendapat perkhimatan kolej untuk semester hadapan. Ini bermaksud baju kolej itu telah dijadikan sebagai satu cara untuk mendapat perkhimatan kolej. Baju tersebut bukan sahaja mahal tetapi kami penduduk self-responsibility atau sempana riau telah dipaksa membeli satu baju yang berharga Rm 20.00 ringgit ketika awal-awal semester dahulu. Ini merupakan pekara yang pelik pada pandangan saya kerana sejak bila memebeli baju kolej merupakan salah satu syarat untuk mendapat perkhimatan kolej. Tambahan pula baju tersebut bukanlah murah tetapi amat mahal. Bayangkan jika saya terpaksa membeli baju berharga Rm 20.00 ringgit dan Rm 25.00 sudah tentu kosnya mencecah Rm 45.00 ringgit. Ia merupakan satu kos yang amat besar bagi saya kerana dengan jumlah wang yang sedemikian saya boleh menggunakanya untuk membeli nota, menampung perberlanjaan saya di kolej selama seminggu dan membayar tambang bas untuk saya berulang - alik dari kolej ke rumah saya. Ini bukan apa kerana bukan semua penghuni kolej sempana riau mampu mengeluarkan wang yang sebanyak itu. Tambahan pula jumlah wang yang sebanyak itu boleh digunakan untuk pekara yang lebih mustahak. Oleh itu saya berharap agar janganlah pembelian baju kolej ini dijadikan sebagai satu cara atau alasan untuk mendapat perkhimatan kolej yang pada zahirnya adalah untuk menguntungkan pihak-pihak tertentu.

Kepenatan membuat assignment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Minggu ini merupakan minggu yang paling penat di dalam kolej. Ini kerana saya terpaksa menyiapkan assignmet 102 yang akan dihantar pada hari rabu 2.9.2009. Tambahan pula saya dikehendaki membahagikan masa untuk membaca buku kerana saya akan menjawab soalan quiz untuk subject imd 102 yang akan dibuat di lt 1. Walaupun diberi masa cuti selama 3 hari tetapi saya tidak sempat juga untuk membaca kesemua tajuk yang dikehendaki iaitu yang akan ditanya dalam soalan quiz. Lebih mengejutkan lagi saya dapat mengetahui bahawa saya akan ada test ctu pada hari khamis iaitu 3.9.2009. Ini menyebabkan ada sifat atau perasaan tertekan sikit dalam diri saya. Saya selalu terfikir adakah saya sempat untuk membaca kesemua topic yang akan ditanya dalam quiz dan test. Setelah menyiapkan assignment 102 ingatkan dapat rehat rupa-rupanya tanggapan saya amat meleset sekali. Saya terpaksa menggunakan sebahagian daripada masa saya untuk mengajar rakan-rakan cara-cara untuk membuat assignment. Ini secara tidak langsung telah menyempitkan sebahagian daripada masa saya dan merasa terlalu penat. Sebahagian daripada mereka ada juga yang ingin meminjam assignmet saya tetapi dalam pada masa yang sama ada juga yang cuba meniru assignment saya. Tetapi nak buat macam mana walaupun sudah diberi nasihat jangan meniru dan jangan ikut cara saya membuatnya kerana ketidakpastian sama ada ia betul atau tidak. Oleh itu mereka yang meniru dan mengikut cara saya membuat assignmet jangan marah kalau markah rendah atau salah dan jangan terkejut pula jika lecture kata ada mempunyai unsur copy paste dalam assignment. Pada mereka yang mengajar dan menolong saya cara nak buat assignment 102 ini saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana sanggup mengorbankan masa untuk mengajar saya cara untuk membuat assignmet tersebut dan pada mereka yang suka copy paste harap berubah dan cuba berusaha dengan sendiri untuk assignment yang akan datang.

Nuzul Quran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Setelah sudah kita menyambut merdeka pada 31.8.2009 pada hari isnin yang lepas kita telah dikejutkan dengan kehadiran hari yang teramat mulia iaitu nuzul quran. Walaubagaimanapun ia amat menyedihkan saya kerana pada hari isnin yang lepas iaitu ketika menyambut kemerdekaan tidak ada langsung persembahan yang diadakan Ini mungkin disebabkan oleh bulan puasa. Pada hari nuzul quran ini sambutlah ia dengan penuh gembira. Pada hari nuzul quran ini kita digalakkan membaca al-quran dan memahami maknanya yang banyak memberi manfaat pada kehidupan kita. Antaranya ia memberi petunjuk kepada kita untuk mencapai jalan yang diredai Allah. Selain itu mereka yang membaca al-quran juga akan mendapat pahala berlipat kali ganda lebih-lebih lagi pada bulan puasa ini. Di antara kelebihan al-quran ia bukan sahaja memberi petunjuk kepada kehidupan kita. Tetapi al_quran juga merupakan sejenis mukjizat. Ini kerana al-quran akan kekal sehingga hari kiamat dan isi kandunganya tiada satu makhluk pun yang dapat menciptanya. Selain itu mereka yang rajin membaca al-quran dapat mengelakkan dan menghapuskan sifat-sifat keji seperti sombong,riak,takbur,bangga diri. Ia juga dapat menghindarkan diri kita dari mempunyai hati yang keras untuk menerima sesuatu kebaikan. Oleh itu pada hari nuzul quran ini cubalah kita bertafakur sambil memunasabahkan diri untuk berfikir berapa kali kita membaca al-quran dan menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian kita dan berfikir adakah kita cuba memahami setiap makna yang ingin disampaikan oleh al-quran dan adakah kita menghayatinya. Oleh itu pada hari nuzul quran ini ubahlah diri anda. Pada mereka yang tidak tahu membaca al-quran carilah ustaz atau sesiapa sahaja yang dapat mengajar kita membaca al-quran kerana pengatahuan untuk membaca al-quran adalah wajib.

Wednesday, August 26, 2009

balik bercuti di bulan puasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. saya berasa sungguh sedih sekali ketika menyambut kedatangan puasa yang pertama. Ini kerana saya tidak dapat berbuka puasa bersama keluarga yang tersayang. Ia menjadi lebih menyedihkan lagi apabila mengenang masa lampau tentang keseronokan berbuka puasa bersama keluarga yang pada masa saya masih berada di bangku sekolah. Di kolej saya hanya berbuka puasa secara bersendiran atau bersama rakan-rakan di kolej. Ia menjadi lebih pilu apabila mendapat tahu makanan yang ada di rumah berbagai-bagai dan lebih enak. Lebih menyedihkan lagi pada hari pertama berbuka puasa banyak gerai yang belum dibuka dan ini menyebabkan makanan yang boleh dibeli pilihannya adalah sedikit. Tetapi saya berasa amat bersyukur kerana saya dibenarkan pulang ke rumah pada waktu cuti kemerdekaan ini yang mana telah diidam-idamkan oleh saya pada hari pertama bulan puasa. Misi utamanya hanyalah untuk berbuka puasa bersama keluarga dan merasai sendiri masakan ibu saya kerana selama ini di kolej saya hanya dapat merasa masakan gerai yang kadang kala makananya enak dan kurang enak. Dengan balik bercuti ini juga dapatlah saya gunakanny masa tersebut untuk study,buat assignment dan melepaskan perasaan manja di kedua-dua ibu-bapa. Lebih menyeronokkan lagi sepanjang bercuti saya dapat menunaikan solat sunat terawih bersama keluarga dan dapat mendengar alunan lafaz ayat al-quran seorang ustaz yang digemari oleh saya. Ini kerana bacaan terlalu enak didengari sehingga menusuk kalbu dan dapat menjadikan saya lebih kusyuk dan tekun dalam beribadah. Pada waktu cuti ini juga saya dapat menggunakannya untuk tenangkan fikiran dan merehatkan badan yang letih. Sepanjang bercuti juga ia telah memberi peluang kepada saya untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan berbual tentang pekara-pekara yang diingini misalnya menceritakan pengalaman pahit manis saya ketika berada di kolej.Dengan balik bercuti juga dan berbuka bersama keluarga ia secara tidak lansung telah dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara saya dengan keluarga dan sepanjang cuti ini juga dapatlah saya gunakannya untuk bersembang bersama rakan tentang kehidupan mereka di kolej dan berbuka bersama-sama dengan mereka ketika keadaan mengizinkan.

kesempitan masa

Assalamuailaikum dan selamat sejahtera. Sepanjang berada di uitm bulan august merupakan bulan yang paling sibuk di antara bulan-bulan yang lain yang berlaku ke atas diri saya. Bulan ini bukan sahaja bulan puasa yang banyak memerlukan kesabaran tetapi bulan yang mulia kerana pahala akan dilipatgandakan. Pada bulan ini ia merupakan bulan yang tersibuk yang berlaku di uitm. Tetapi Bulan ini juga merupakan bulan yang paling penat yang berlaku ke atas diri saya.Hal ini demikian kerana pada bulan ini banyak assignment yang terpaksa dibereskan. Oleh itu banyak masa yang diperlukan untuk menyiapkannya ini kerana banyak sumber-sumber yang harus diterokai,dibaca dan dianalisa untuk dijadikan bahan untuk menyiapkan assignment. selain itu sesetengah assigment yang hendak dibuat adalah terlalu sukar dan memerlukan kefahaman yang tinggi untuk menyiapkannnya. Antaranya ialah assignment imd 102. Saya terpaksa menghabiskan masa siang dan malam untuk menyiapkan assignment. Di samping itu saya juga terpaksa berulang-alik dari kolej ke library untuk mencari sebanyak 10 rujukan yang boleh dijadikan bahan untuk menyiapkan assignment ini. Ia amat sukar juga bagi saya untuk mendapatkan bahan ini di library. Hal ini demikian kerana tidak semua bahan rujukan terdapat di library dan ia banyak menggunakan masa dan tenaga untuk mencari bahan yang dikehendaki dari satu rak ke rak yang lain. penggunaan internet pula adalah terhad dan bahan rujukan daripada internet ada yang boleh dijadikan rujukan ada yang tidak dapat dijadikan rujukan. Oleh itu ia banyak memenatkan saya. Selain assignment yang banyak dan sukar untuk difahami dalam menyiapkannya. pada bulan ini juga merupakan bulan yang banyak mengandungi test dan quiz yang banyak memberikan markah untuk peperiksaan akhir tahun. oleh itu ia mermerlukan banyak masa untuk saya membaca dan cuba menjawab soalan-soalan yang diambil dari opac. Di samping itu saya harus pandai membahagikan masa untuk membuat assignment dan mengulangkaji pelajaran kerana tarikh penyerahan assignment dan menjawab soalan kuiz dan peperiksaan berlaku pada waktu terdekat iaitu hanya selang beberapa hari sahaja. Aktivit kelas yang padat dan aktivti kolej turut menyumbang kepada masalah yang dihadapi oleh saya. Selain itu masa saya juga menjadi semakin sempit kerana saya terpaksa keluar pada waktu malam dan petang untuk membeli makanan bagi untuk berbuka puasa dan sahur. Ia akan menjadi lebih sempit lagi apabila gerai yang dikunjungi mempunyai ramai pembeli atau customers yang memaksa saya untuk menunggu giliran bagi mendapatkan makanan.Oleh itu wajarlah saya menggelar bulan ini sebagai bulan kesempitan masa

Sunday, August 23, 2009

erti perjuangan dalam menuntut kemerdekaan

Assalamalaikum dan salam sejahtera. Walaupun kita sedang sibuk menunaikan amalan puasa yang difardukan ke atas kita dan merupakan rukun islam yang kelima tidak lupa juga bahawa hari kemerdekaan akan tiba. Ia akan disambut pada 31.8.2009 yang jatuh pada hari isnin. Ia disambut pada setiap tahun. Kemerdekaan yang disambut adalah pada yang ke 52 pada tahun ini. Kemerdekaan disambut kerana ia mempunyai banyak erti. walaupun pada masa kini sambutannya adalah lebih menjurus kepada hiburan yang tidak langsung dikaitkan dengan erti kemerdekaan. Kemerdekaan disambut kerana ia mengenang kembali sejarah lampau iaitu perjuangan para pahlawan di tanah melayu dalam melawan para penjajah untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Mereka melawan para penjajah iaitu yang terdiri daripada 3 bangsa yang pernah menjajah tanah air kita iaitu bangsa eropah,jepun dan yang kang majoritinya adalah terdiri daripada kaum cina. Mengikut sejarah bangsa yang pertama yang menjajah negara kita adalah bangsa eropah iaitu portugis. Mereka telah menjajah melaka yang pada masa itu merupakan pusat kegemilangan islam dan ekonomi yang maju dan berkembang melalui penjualan rempah-ratus yang amat diperlukan di eropah untuk memanaskan badan, menyedapkan rasa daging dan untuk diawet. Pada masa yang sama rempah mendapat harga yang melambung tinggi samalah melalui penjualan teh seperti di negara china. Mereka juga menjajah melaka kerana berpegang dengan prinsip mereka iaitu gospel,gold,glory dan disamping mendapat galakan daripada pemerintah. Selepas kejatuhan melaka tanah melayu dijajah oleh belanda pula. Belanda telah memberi bantuan pertolongan kepada johor untuk membebaskan melaka daripada dijajah oleh portugis.Tetapi ternyata belanda kemudiannya menjajah melaka. Selepas dijajah oleh belanda Tanah melayu dijajah pula oleh british. penjajahan yang dilakukan oleh british ke atas tanah melayu merupakan penjajahan yang paling lama di dalam sejarah. Walaupun british menjajah tanah melayu dalam jangka masa yang lama. Tetapi pada masa inilah di tanah melayu berlakunya era kemajuan dan pembangggunan. Pada waktu ini juga mula berlakunya pendididkan secara formal iaitu british telah membina beberapa jenis sekolah yang tujuanya adalah untuk menjadikan anak mereka lebih baik daripada ibu-bapa mereka. Walaubagaimanapun pendidikan ini bertujuan untuk membantu british dalam pentadbirannya disebabkan bayaran sumber di kalangan bangsa melayu adalah murah. Ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos pentadbiran british. Dari segi zahirnya ia nampak kedatangan british membawa banyak kemudahan tetapi sebenarnya kemudahan yang disediakan oleh british itu hanyalah bertujuan untuk mengaburi penduduk tempatan dan supaya penduduk tempatan memberi sokongan kepada pihak british. penjajahan oleh pihak british dan kedatangannya telah menyebabkan kuasa politik di kalangan pembesar melayu hilang. Mereka juga telah membentuk pelbagai undang-undang misalnya bayaran cukai dan disamping itu membawa masuk orang luar untuk bekerja di tanah melayu. Selepas dijajah oleh british tanah melayu dijajah oleh jepun yang merupakan pemerintahan yang paling kejam. Tanah melayu dijajah selama 3 tahun 6 bulan. pada zaman ini lahirnya ramai pewira tanah air bangsa untuk melawan jepun. selepas itu tanah melayu dijajah pula oleh komunis selama 14 hari. Mereka menguasai pejabat-pejabat yang telah ditinggalkan oleh pihak jepun. penjajahan oleh komunis juga dikira sebagai penjajahan yang kejam. selepas komunis tewas maka pada masa itulah lahirnya ramai pewira melayu dalam menuntut kemerdekaan negara misalnya tunku abdul rahman yang menuntut kemerdekaan daripada pihak british melalui rundingannya di london. pada masa ini juga banyak akhbar dan majalah yang telah dihasilkan untuk menaikkan semangat di kalangan penduduk melayu dalam menuntut kemerdekaan. Misalnya munculnya kaum muda yang memperjuangkan kepentingan sistem pendidikan kerana pada masa itu di kalangan penduduk melayu hanya mementingkan pendidikan fardhu ain sahaja. Mereka telah menerbitkan majalah seperti neracha,idaran zaman pengasuh dan sebagainya. pada masa yang sama juga munculnya akhbar melayu yang lantang menuntut kemerdekaan misalnya warta malaya dan majlis. Oleh itu di ambang kemerdakaan ini hayatilah perjuangan mereka yang terdahulu yang begitu payah dalam menuntut kemerdekaan.Mereka terpaksa bergadai nyawa,tenaga,masa dan kesan dari perjuangan yang dilaungkan oleh mereka. sebagai rakyat malaysia kita hendaklah tidak lupa kepada mereka yang telah banyak berjasa untuk negara kita hingga kita dapat menikmati kemerdekaan tersebut yang tidak dapat dirasai oleh mereka. kita juga hendaklah mengekalkan keamanan di tanah air kita sebagai menghargai perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan

kemerdekaan

Ketibaan Ramadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Nampaknya ketibaan ramadhan semakin hampir yang bermakna kita kan berpuasa selama sebulan yang kemudian akan menyambut ketibaan syawal selepas tamatnya puasa. Puasa merupakan satu bulan yang mulia yang merupakan bulan yang termulia diantara seribu bulan. Ia dikategorikan bulan yang mulia kerana pada bulan ini adalah masa untuk orang islam melaksanakan ibadat kepada Allah s.w.t. Di samping itu pada bulan ini juga umat islam hendaklah berpuasa yng merupakan salah satu dari rukun islam. Dengan berpuasa ia juga menunjukkan supaya kita hendaklah mengawal nafsu yang selama ini merupakan penyebab kepada untuk melakukan dosa. Di samping itu syaitan turut dirantai pada bulan ini yang tujuannya adalah untuk supaya umat manusia dapat melaksanakan perintah Allah s.w.t dengan penuh kusyuk,tawaduk dan tawakkal. Pada bulan ini juga terdapatnya satu bulan yang teramat mulia yang lebih baik diantara seribu bulan iaitu malam lailatulqadar yang terdapat pada sepuluh malam yang terakhir. Pada masa ini segala permintaan akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Diantara keistimewaan tanda-tanda malam tersebut adalah malam lailatulqadar ialah air laut yang masin menjadi tawar, tumbuh-tumbuhan akan sujud. Ia juga dianggap istimewa kerana pada masa ini melimpahruahnya pahala melalui amalan-amalan ibadat yang dilaksanakan seperti solat sunat terawih,witir. Pada bulan ini juga sesuatu amalan ibadat yang dilakukan akan digandakan pahalanya berlipatkaliganda. Oleh itu pada bulan ini banyak-banyakanlah melaksanakan perintah Allah seperti membaca al-quran, bertasbih dan solat-solat sunat. Pada bulan ini juga elakkan daripada melakukan pembaziran terutamanya ketika membeli makanan untuk berbuka kerana amalan ini merupakan salah satu daripada amalan syaitan.

Tuesday, August 18, 2009

sempana riau is the best college

Assalamuailaikum semua.Hari ini saya ingin menceritakan tentang keseronokan berada di kolej sempana riau.Saya ingin memperbetulkan keadaan bahawa ramai yang menyangka bahawa mereka yang menetap di kolej sempana riau adalah budak-budak nakal dan suka membuat aksi-aksi yang pelik-pelik.Sebernanya kehidupan di kolej sempana riau adalah sebuah kolej yang menyeronokkan.Di kolej ini ramai senior-senior yang telah membantu saya dalam menyesuaikan diri kehidupan di kolej.Mereka juga telah membantu saya dalam mencari maklumat dan menggunakan komputer.Misalnya dalam menggunakan perkhimatan emerald dan webcohost.Di kolej ini juga disediakan segala kemudahan misalnya kemudahan menggunakan internet dan menyewa broadband.Di samping itu di kolej ini juga kebersihannya amat terjaga.walaupun di kolej ini ada yang menjalankan aktiviti suai kenal ia sebenanya banyak membantu para penghuni walaupun ada sebahagian yang memandangnya sebagai pekara negatif.Dengan adanya aktiviti suai kenal ia telah membantu para penghuni untuk mengenali antara satu sama lain dan telah mewujudkan satu semangat bersatu padu atau unite.Misalnya jika ada barang yang hilang kami akan bersatu untuk membantu mencari barang yang hilang tersebut.Kewujudan semangat bersatu padu ini adalah berpunca daripada aktiviti suai kenal yang dijalankan kerana aktiviti ini telah mengeratkan hubungan silaturahim dan kenal-mengenali.Antara kebaikan kolej sempana riau ialah sukar berlakunya kecurian kerana mereka sentiasa bersatu-padu dan kenal mengenali antara satu sama lain.Disebabkan semangat bersatu-padu inilah yang menyebabkan kolej sempana riau dianggap yang terbaik bagi saya.

minggu ims

Assalamualaikum minggu ini saya ingin menceritakan aktiviti yang dilalui oleh saya sepanjang menyertai aktiviti ims pada hari sabtu yang lepas.Aktiviti yang dijalankan sungguh menyeronokkan.Tetapi ia kadang-kadang membuatkan saya berasa marah dan tegang dengan aktiviti ini.Ini kerana kami dilepaskan lewat malam.Kemudian mesti bangun awal pagi pada hari aktiviti tersebut dijalankan.Selain itu saya juga berasa malu dan amat marah terutama apabila kumpulan kami d1e5 dipaksa kehadapan atas alasan kedatangan tidak mencukupi sedangkan classrap kami telah memeberi alasan yang kukuh dan dapat diterima.sepanjang aktiviti ini juga kami asyik didenda misalnya disuruh pumping di atas jalan tar yang penuh dengan debu.Atas alasan jumping jack yang dibuat tidak sama walaupun saya rasa jumping jack yang dibuat oleh mereka sejak part 1 pun tidak sama(no one is perfect).Selain itu kami juga dilepaskan lewat untuk makan dan hanya diberi makan roti sahaja.Pada waktu malam ims telah menjalankan satu aktiviti burung hantu.Dimana kami disuruh untuk menutup mata dan berjalan menggunakan gerak hati.Permainan ini adalah bertujuan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal.Tetapi pada pendapat dan pandangan saya aktiviti seperti ini sungguh tidak banyak membantu pelajar dalam membina ketahanan mental dan fizikal.Ini kerana aktiviti ini telah menimbulkan bahaya misalnya salah seorang daripada mereka telah terseliuh dan tercedera.Selain itu kawan saya juga ada mengatakan bahawa ustaz tidak memberi aktiviti tutup mata seperti ini dijalankan.Saya juga beranggapan bahawa aktiviti ini harus digantikan dengan aktiviti yang lain.Disebabkan aktiviti ini juga saya telah mendapat mc selama seminggu.Walaubagaimanapan ia merupakan aktiviti yang menyeronokkan, terima kasih diucapkan pada mereka yang menganjurkan aktiviti seperti ini.Sekian terima kasih.

Saturday, August 15, 2009

berdikari

Nama diberi mohd hakimi bin abd razak.Berasal dari kemaman terengganu.Sekarang menetap di selangor shah alam. sepanjang kehidupan saya.Saya telah menetap di banyak tempat antaranya ialah kemaman,selangor,bentong,pahang,perlis,dan kembali semula ke selangor shah alam.Disebabkan telah menetap di banyak tempat.oleh itu saya telah bersekolah di banyak tempat.Antara sekolah yang pernah saya duduki ialah sekolah keb.sulaiman di bentong,Sek.keb.Indera mahkota di kuantan,Sek.keb.bukit sekilau di kuantan,sek.men. st thomas, di kuantan,sek.men.keb syed alwi di perlis,sek.men.sultan sallahhudin abdul aziz shah di selangor shah alam dan akhirnya kini saya berada di uitm segamat di johor.Di uitm kehidupan amat berbeza dengan kehidupan di sekolah.Misalnya di uitm semuanya kita harus berdikari dengan sendiri.DI uitm cara pengajarannya adalah berbeza dengan di sekolah.Di sekolah kita masih dibimbing oleh guru tetapi di uitm kita harus sendiri pandai untuk mencari maklumat berkaitan dengan subjek yang dipelajari oleh kita.Di uitm juga kita haruslah pandai berjimat cermat kerana kos di uitm adalah tinggi.Di uitm banyak wang yang harus digunakan untuk membeli buku,nota dan membayar kelab-kelab dan organisasi-organisasi tertentu.Ia membuat kehidupan saya rasa tertekan sedikit kerana banyak wang yang terpaksa digunakan.Di samping itu di uitm mengajar saya supaya menghargai masa.Disebabkan banyak aktiviti yang dikendalikan di uitm ia telah menyebabkan masa menjadi suntuk/sedikit.Oleh itu saya harus pandai mengendalikam masa dengan menggunakan sebahagiannya untuk belajar,membuat assigment dan berpesatuan dalam aktiviti-aktiviti yang dikendalikan di dalam uitm.Masa yang diperuntukan adalah terlalu sedikit dan kadang-kadang saya hanya mempunyai masa rehat yang sedikit sahaja.Di uitm juga ia secara tidak lansung telah mengajar saya supaya berkorban untuk sesuatu pekara misalnya wang dan masa.Di uitm juga ia mengajar saya supaya sentiasa peka dengan arahan-arahan yang diberikan jika tidak peka ia boleh membuatkan kita tertinggal dalam sesuatu pekara misalnya sukan.Uitm juga mengajar saya supaya sentiasa bergaul dengan orang lain untuk memudahkan kita mendapat maklumat misalnya maklumat yang berkaitan dengan cara hendak buat assigment.Oleh itu disebabkan banyak bergaul saya telah mempunyai ramai rakan dan menghilangkan perasaan takut pada orang lain.Begitulah kehidupan saya di uitm.

berdikari