Saturday, September 26, 2009

Kesedihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya dan seluruh isi keluarga saya berasa sungguh sedih ketika menyambut hari raya adilfitri pada tahun ini. Ini adalah kerana seluruh isi keluarga saya dan saudara mara masih mengenag dan teringat kembali detik-detik menyambut hari raya bersama nenek saya yang telah meniggal dunia pada bulan august yang lepas. Kami sekeluarga tidak dapat melupakannya dan ingatan tersebut sentiasa berlegar-legar di ruang fikiran kami sekeluarga terutamanya saya. Ini adalah kerana saya boleh dikatakan antara yang terapat dengan nenek saya. saya masih teringat betapa meriah dan gembiranya kami menyambut hari raya bersama dengan nenek saya pada hari raya yang lepas. Setelah kematianya saya dapat merasakan kepulangan di kampung adalah tidak semeriah sambutannya seperti sambutan hari raya pada tahun-tahun yang lepas. Ini adalah kerana tidak ada lagi yang akan memberikan saya nasihat terutama dalam menempuh kehidupan di dunia ini yang banyak onar dan durinya. Ketika melintasi dapur di kampung saya dapat membayangkan ketika nenek masih hidup saya sentiasa menolong dan membantu nenek membuat ketupat dan rendang untuk dimakan di pagi syawal. saya juga dapat membayangkan setelah selesai solat hari raya nenek biasanya akan memberi duit raya kepada saya dan setelah kepergianya tidak ada lagi yang ingin memberi duit raya kepada saya lagi. Di hari raya ini saya banyak mendoakan nenek supaya rohnya tenteram dan damai di alam barzakh serta Allah s.w.t mengampunkan sekalian dosa-dosanya yang telah lalu. Oleh itu hargailah nenek anda ketika dia masih berada di bumi ini dan anda dikira bertuah kerana masih mempunyai seseorang yang sentiasa menyayangi dan menanti kepulangan anda di hari yang mulai ini hari raya.

No comments:

Post a Comment