Saturday, September 26, 2009

Hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera setelah tamat bulan ujian iaitu bulan puasa selama 30 hari kita telah diberi satu hari yang amat gembira dan akan disambut oleh seluruh umat islam iaitu hari raya adilfitri. Hari raya adilfitri disambut oleh seluruh umat islam adalah bertujuan untuk mengingati kemenangan orang islam selepas sebulan puasa. Selain itu dengan menyambut hari raya adilfitri ini seluruh umat islam dapat saling maaf-memaafi antara satu sama lain yang secara tidak langsung dapat menghapuskan sifat-sifat mazmumah dan negatif yang ada pada diri setiap orang muslim. Hari raya ini juga menggalakan umat islam saling kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Dengan saling kunjung-mengujungi ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama muslim dan dapat mewujudkan sikap saling bantu-membantu. Ia juga dapat membuang sifat rasa asing pada diri seseorang. Di samping itu pada hari raya ini juga dapat menghapuskan dosa sesama makhluk yang bergelar manusia kerana di hari raya ini umat islam digalakan supaya saling bermaaf-maafan dan melupakan pekara yang telah berlaku. Hari raya juga dapat membantu golongan fakir miskin kerana pada hari raya kita akan menjamu tetamu untuk menikmati hidangan yang telah disediakan secara tidak langsung telah dapat menghilangkan rasa lapar dan dahaga yang ada pada tetamu tersebut lebih-lebih lagi jika tetamu tersebut adalah seorang fakir miskin. Pada hari raya juga juga kita digalakan membayar zakat. Dengan duit zakat tersebut dapat digunakan untuk membantu umat islam yang kurang bernasib baik dan dapat digunakan untuk pembanggunan umat islam misalnya dalam ekonomi. Dengan duit zakat tersebut juga mereka orang islam yang miskin dapat juga merasa kegembiraan untuk menyambut hari raya adilfitri. Walaubagaimanapun pada hari raya adilfitri ini umat islam hendaklah sentiasa mengawal hawa nafsu mereka sepertimana mereka mengawal hawa nafsu mereka ketika bulan puasa dan yang paling penting mereka umat islam mempertingkatkan amalan ibadat mereka seperti mana mereka mempertingkatkannya pada bulan puasa. Oleh itu hayatilah hari raya aidilfitri ini dengan sebaik-baiknya kerana di luar sana ada yang kuarang bernasib baik.

No comments:

Post a Comment