Friday, September 4, 2009

Nuzul Quran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Setelah sudah kita menyambut merdeka pada 31.8.2009 pada hari isnin yang lepas kita telah dikejutkan dengan kehadiran hari yang teramat mulia iaitu nuzul quran. Walaubagaimanapun ia amat menyedihkan saya kerana pada hari isnin yang lepas iaitu ketika menyambut kemerdekaan tidak ada langsung persembahan yang diadakan Ini mungkin disebabkan oleh bulan puasa. Pada hari nuzul quran ini sambutlah ia dengan penuh gembira. Pada hari nuzul quran ini kita digalakkan membaca al-quran dan memahami maknanya yang banyak memberi manfaat pada kehidupan kita. Antaranya ia memberi petunjuk kepada kita untuk mencapai jalan yang diredai Allah. Selain itu mereka yang membaca al-quran juga akan mendapat pahala berlipat kali ganda lebih-lebih lagi pada bulan puasa ini. Di antara kelebihan al-quran ia bukan sahaja memberi petunjuk kepada kehidupan kita. Tetapi al_quran juga merupakan sejenis mukjizat. Ini kerana al-quran akan kekal sehingga hari kiamat dan isi kandunganya tiada satu makhluk pun yang dapat menciptanya. Selain itu mereka yang rajin membaca al-quran dapat mengelakkan dan menghapuskan sifat-sifat keji seperti sombong,riak,takbur,bangga diri. Ia juga dapat menghindarkan diri kita dari mempunyai hati yang keras untuk menerima sesuatu kebaikan. Oleh itu pada hari nuzul quran ini cubalah kita bertafakur sambil memunasabahkan diri untuk berfikir berapa kali kita membaca al-quran dan menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian kita dan berfikir adakah kita cuba memahami setiap makna yang ingin disampaikan oleh al-quran dan adakah kita menghayatinya. Oleh itu pada hari nuzul quran ini ubahlah diri anda. Pada mereka yang tidak tahu membaca al-quran carilah ustaz atau sesiapa sahaja yang dapat mengajar kita membaca al-quran kerana pengatahuan untuk membaca al-quran adalah wajib.

No comments:

Post a Comment