Wednesday, August 26, 2009

balik bercuti di bulan puasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. saya berasa sungguh sedih sekali ketika menyambut kedatangan puasa yang pertama. Ini kerana saya tidak dapat berbuka puasa bersama keluarga yang tersayang. Ia menjadi lebih menyedihkan lagi apabila mengenang masa lampau tentang keseronokan berbuka puasa bersama keluarga yang pada masa saya masih berada di bangku sekolah. Di kolej saya hanya berbuka puasa secara bersendiran atau bersama rakan-rakan di kolej. Ia menjadi lebih pilu apabila mendapat tahu makanan yang ada di rumah berbagai-bagai dan lebih enak. Lebih menyedihkan lagi pada hari pertama berbuka puasa banyak gerai yang belum dibuka dan ini menyebabkan makanan yang boleh dibeli pilihannya adalah sedikit. Tetapi saya berasa amat bersyukur kerana saya dibenarkan pulang ke rumah pada waktu cuti kemerdekaan ini yang mana telah diidam-idamkan oleh saya pada hari pertama bulan puasa. Misi utamanya hanyalah untuk berbuka puasa bersama keluarga dan merasai sendiri masakan ibu saya kerana selama ini di kolej saya hanya dapat merasa masakan gerai yang kadang kala makananya enak dan kurang enak. Dengan balik bercuti ini juga dapatlah saya gunakanny masa tersebut untuk study,buat assignment dan melepaskan perasaan manja di kedua-dua ibu-bapa. Lebih menyeronokkan lagi sepanjang bercuti saya dapat menunaikan solat sunat terawih bersama keluarga dan dapat mendengar alunan lafaz ayat al-quran seorang ustaz yang digemari oleh saya. Ini kerana bacaan terlalu enak didengari sehingga menusuk kalbu dan dapat menjadikan saya lebih kusyuk dan tekun dalam beribadah. Pada waktu cuti ini juga saya dapat menggunakannya untuk tenangkan fikiran dan merehatkan badan yang letih. Sepanjang bercuti juga ia telah memberi peluang kepada saya untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan berbual tentang pekara-pekara yang diingini misalnya menceritakan pengalaman pahit manis saya ketika berada di kolej.Dengan balik bercuti juga dan berbuka bersama keluarga ia secara tidak lansung telah dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara saya dengan keluarga dan sepanjang cuti ini juga dapatlah saya gunakannya untuk bersembang bersama rakan tentang kehidupan mereka di kolej dan berbuka bersama-sama dengan mereka ketika keadaan mengizinkan.

No comments:

Post a Comment