Wednesday, March 10, 2010

Risau dan ketakutan ketika test ctu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada hari selasa 9.3.2010 saya bakal menjawab soalan peperiksaan ctu atau lebih dikenali sebagai peperiksaan agama islam. Sebelum menghadapi soalan peperiksaan ctu saya telah mempunyai banyak waktu untuk mengulangkaji. Walaubagaimanapun masa yang ada pada saya agak terganggu dengan adanya aktiviti kolej iaitu mitek. Aktiviti in pada asalnya saya tidak mengambil berat sangat tetapi disebabkan adanya cop kolej maka saya menghadiri juga aktiviti mitek. Tanpa disangka-sangka masa untuk menghadapi ujian ctu semakin dekat dan saya berasa amat risau kerana saya tidak sempat untuk menghabiskan semua tajuk yang bakal keluar di dalam peperiksaan. Lebih memeranjatkan lagi buku ctu yang dibaca oleh saya yang ditulis oleh che zuina binti ismail sangat berbeza isinya dengan keluaran buku yang terbaru yang ditulis oleh zulkifli dahalan. ketika itu terbayang- bayang di dalam kepala saya bahawa saya tidak akan dapat menjawab soalan peperiksaan. Tetapi alhamdullilah saya berjaya juga menjawab soalan peperiksaan ctu dan malah saya juga berjaya menjawab soalan esei. Tetapi terdapat sedikit kesusahan dalam menjawab soalan di bahagian objektif. Nasihat saya ialah berhati-hati terhadap bahan bacaan yang anda baca untuk menjawab soalan peperiksaan ini adalah kerana ada sesetengan nota tidak lengkap isinya dan sentiasalah mengambil nota yang versinya baru kerana terdapat banyak perubahan dan tambahan terhadap isi yang hendak dibaca berbanding dengan nota yang lama.

No comments:

Post a Comment