Friday, January 8, 2010

hari pertama di sempana riau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.2.1.2010 adalah hari pendaftaran untuk masuk ke kolej semula.Setibanya di uitm segamat johor saya terus mencari no pendaftaran bilik.Pada mulanya saya berasa agak takut juga kerana dikhuatiri tidak mendapat kolej.Tetapi alhamdullilah saya mendapat kolej yang sama,kawan sebilik yang sama dan cuma hanya bilik sahaja yang bertukar. Tetapi setelah berada di kolej saya berasa agak terkejut juga kerana di wing yang diduduki oleh saya sekarang ini tidak mempunyai budak part 1.Lebih malang lagi saya kami diberitahu bahawa kami dikhendaki mengambil tandatangan senior disebabkan ketiadaan budak part 1 di wing kami.Tetapi saya turut berasa agak gembira sedikit kerana kawan sebilik saya telah menjadi wingcap.Dengan perlantikanya sebagai wingcap maka ia telah memudahkan saya untuk mendapat maklumat berhubung dengan aktivi yang berlaku di wing kolej saya iaitu wing 2c.Sepanjang berada di kolej juga kami dikhendaki berkenalan dengan senior kami dan juga junior yang bersamaan umur dengan saya.Seperti yang anda tahu tujuan aktiviti mengenali antara satu sama lain ini bukan bertujuan untuk membuli atau membesakan diri.Tetapi ia bertujuan untuk mengenali antara satu sama lain dan secara tidak langsung dapat mengelakan daripada wujudnya sikap pentingkan diri sendiri,sombong dan angkuh.Dengan adanya sesi pengenalan ini secara tidak langsung membolehkan kami berinteraksi antara satu sama lain dan meminta pertolongan apabila diperlukan.Pengenalan ini juga mengelakkan kita daripada mempunyai sifat takut kepada orang yang lebih besardaripada kita.Apa pun saya berasa sungguh seronok sepanjang tinggal di kolej ini dan saya berharap saya akan kekal di kolej ini untuk tahun semester yang akan datang.

No comments:

Post a Comment