Thursday, January 7, 2010

azam tahun baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. saya berasa sungguh gembira kerana dapat semula masuk ke uitm untuk semester ke 2. saya mengucapkan berbanyak-banyak kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih memberikan kesempatan kepada saya untuk meneruskan pengajian saya ke uitm. Tetapi ada sedikit rasa sedih dalam diri saya kerana keputusan peperiksaan saya pointernya agak rendah iaitu 2.3. saya juga terpaksa mengambil semula keputusan peperiksann saya yang gagal iaitu subjek matapelajaran principle of management atau dikenali sebagai subjek 104. Tetapi kegagalan yang saya dapat tidak akan mematahkan sikap saya untuk terus berjuang bagi mengembalikan keputusan yang cemerlang di dalam keputusan peperiksaan saya. Bagi saya kegagalan yang saya dapat ni mungkin merupakan salah satu tanda menunjukkan saya harus lebih berusaha dengan gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Kegagalan ini juga mengajar saya supaya sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan dan tidak mudah terleka dengan apa yang diperolehi oleh saya. kegagalan dan keputusan yang rendah yang diperolehi oleh saya juga mungkin disebabkan oleh sikap saya yang menganggap saya bijak,cerdik dan pandai ini kerana saya mendapat keputusan yang tinggi dalam keputusan peperiksaan spm saya iaitu 6a2b2c1d. oleh itu azam saya pada tahun ini ialah saya akan belajar dan berusaha dengan lebih rajin untuk mengembalikan kecermelangan dalam keputusan peperiksaan saya dan cuba bersikap hormat dan merendah diri kepada orang lain untuk menuntut ilmu pengatahuan. Di tahun dan semester baru ini juga saya berharap dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan cuba untuk mempunyai sifat yang mulia dalam diri saya. Pekara yang paling diharapkan oleh saya semoga Allah s.w.t mencintai saya dan melidungi saya dari pekara buruk yang berlaku dibuminya ini.

No comments:

Post a Comment