Sunday, October 18, 2009

Gembira-takut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nampaknya hanya beberapa minggu sahaja lagi kita akan bercuti selama 1 bulan. Dalam masa bercuti sebahagian daripada kita melakukan banyak aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Misalnya sebahagian daripada kita mungkin melancong keluar negara atau membeli belah di pusat-pusat jualan tertentu. pada masa itu kita mungkin merasa seronok dengan cuti semester yang diberikan kepada kita maklumlah masa cuti kita tidak perlu berfikir untuk peperiksaan, kertas kerja dan akitivi kokurikulum. Tetapi apabila masa cuti yang diberikan hampir tamat dan universiti akan dibuka semula kita akan merasa takut sedikit pada masa itu. Ini kerana dalam masa bercuti itu akan keluar satu kertas yang akan menentukan samaada kita akan dapat melanjutkan pelajaran ataupun tidak. pada masa itu berbagai soalan yang bermain dalam minda kita antaranya bagaimana perasaan ayah aku ketika result yang ditunjukan oleh aku teruk, bagaimana kalau aku gagal dalam matapelajaran, adakah aku dapat menyambung pelajaran. Oleh itu jika keputusan kamu untuk semester ini gagal apakah yang akan dilakukan oleh kamu. Oleh itu jika kamu melihat ketidakadaan saya untuk semester kedua ketahuilah bahawa saya telah digugurkan untuk melanjutkan pelajaran untuk semester kedua. saya berharap kawan-kawan teruskanlah perjuangan kamu untuk berjaya di uitm ini. Jadilah sebagai be seen or you are nobody. Selamat tinggal kawan-kawanku

Sunday, October 11, 2009

Segala-galanya


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sudah 18 tahun saya hidup di dunia ini. Sepanjang perjalanan hidup saya saya telah melihat banyak benda di dunia ini. Benda-benda tersebut menarik minat tetapi ia kadang-kadang tidak menarik minat saya. Bagi saya pekara yang paling penting dalam hidup saya ialah keluarga saya. Keluarga saya telah membesakan saya dengan penuh kasih sayang. Mereka telah menjaga saya dengan begitu baik dan mereka juga telah bersusah payah demi saya supaya saya berjaya di dunia dan akhirat. Bahkan mereka juga telah menyediakan berbagai-bagai kemudahan kepada saya supaya saya selasa dengan kehidupan yang banyak ranjau dan durinya. Tanpa mereka siapalah saya di dunia ini. Mereka juga telah mengajarkan saya berbagai-bagai ilmu pengatahuan supaya saya menjadi insan yang berguna di atas muka bumi ini. Dengan ilmu yang diajar itulah yang bakal menjadikan saya berguna dan dihormati oleh orang-orang di sekeliling saya. kedua yang terpenting dalam hidup saya ialah ilmu. Kerana dengan ilmulah yang akan mengankat darjat saya ke tahap yang lebih tinggi. Dengan ilmu pengatahuan juga menjadikan saya seorang yang mampu menilai pekara baik dan buruk. Melalui ilmu juga ia mencegah saya daripada tersesat ke arah kebenaran. Melalui ilmu juga ia mampu menghilangkan sifat rendah diri yang ada dalam diri saya. Oleh itu ilmu bagi saya adalah cahaya kehidupan. Pekara ketiga yang merupakan segala-galanya dalam hidup saya ialah iman. Melalui iman saya dapat mencegah diri saya daripada terpengaruh daripada pekara-pekara jahat yang dibisikkan oleh syaitan. Melalui imanlah yang menjadikan saya sentiasa berada di landasan yang benar dan ia juga merupakan satu sumber kekuatan yang ada dalam diri saya kerana iman memberikan semangat kepada saya untuk terus berjuang walaupaun di mana saya berada. Iman juga memberi ketenangan pada diri saya dengan sentiasa memberi nasihat kepada saya supaya sentiasa bertaqwa di dalam kehidupan ini. pekara keempat yang terpenting dalam diri saya ialah minda atau lebih dikenali sebagai akal. Melalui akal saya dapat mempelajari banyak benda yang berada di dunia ini. Melalui akal saya dapat memecahkan pekara-pekara rahsia yang terdapat di dalam dunia ini termasuklah pekara-pekara yang ganjil. ia juga boleh diertikan sebagua perdana menteri dalam diri saya kerana banyak nasihat yang diberikan kepada saya secara sedar ataupun tidak. Ia juga yang mampu menjadikan diri saya dihormati dan disegani. akal juga merupakan pekara ganjil di dalam kehidupan saya kerana kemampuannya masih menjadi rahsia bersamaan dengan jiwa. Pekara kelima yang terpenting dalam bagi saya ialah jiwa saya ataupun hati. Kerana dengan jiwa saya mempunyai pelbagai perasaan yang dapat saya rasai. Jiwa juga adalah pekara yang ganjil dalam diri saya kerana ia seolah-olah mempunyai perasaan yang tersendiri dan tidak mampu dikawal oleh saya. Bagi saya kelima-lima pekara ini yang merupakan segala-galanya dalam hidup saya kerana tanpanya kehidupan saya ibarat tiada talinya yang akan memimpin saya untuk hidup di dunia ini yang banyak pancarobanya. Merekalah segala-galanya.

Saturday, September 26, 2009

Kepulangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera setelah tamatnya bulan puasa dan hari raya maka tibalah masa untuk pulang semula ke uitm. Kepulangan ke uitm ini adalah bermaksud berakhirnya masa untuk berehat dan bergembira ini adalah kerana seluruh penduduk uim akan menghadapi satu hari yang amat menakutkan iaitu peperiksaan pertengahan dan akhir semester. Oleh itu minggu ini boleh dikatakan minggu study kerana kebanyakan assignment boleh dikategorikan sudah siap dan selesai. Oleh itu minggu ini juga bermakna kita hendaklah menjadi rajin semula kerana kita dikehendaki membasuh pakaian sendiri dimana ketika kepulangan ke rumah pada cuti hari raya yang lepas kita dapat membasuh baju kita melalui washer machine. Lebih menakutkan lagi cuti untuk study tidak diperuntukan kerana cuti tersebut telah digunakan ketika uitm dilanda penyakit h1n1 yang mana penyakit tersebut boleh menyababkan kematian. kepulangan ke uitm juga bermakna hilanglah untuk merasa makanan yang sedap-sedap dan pergi bersiar-siar bersama rakan dan teman-teman sejawat. Ini kerana di segamat tidak ada tempat yang menarik untuk dikunjungi melainkan melihat pemandangan serta menghirup udara yang segar kerana kebanyakanya adalah kawasan hutan. oleh itu kuatkanlah semangat untuk study setelah sudah menyambut hari raya dan menikmati cuti selama satu minggu.

Kesedihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya dan seluruh isi keluarga saya berasa sungguh sedih ketika menyambut hari raya adilfitri pada tahun ini. Ini adalah kerana seluruh isi keluarga saya dan saudara mara masih mengenag dan teringat kembali detik-detik menyambut hari raya bersama nenek saya yang telah meniggal dunia pada bulan august yang lepas. Kami sekeluarga tidak dapat melupakannya dan ingatan tersebut sentiasa berlegar-legar di ruang fikiran kami sekeluarga terutamanya saya. Ini adalah kerana saya boleh dikatakan antara yang terapat dengan nenek saya. saya masih teringat betapa meriah dan gembiranya kami menyambut hari raya bersama dengan nenek saya pada hari raya yang lepas. Setelah kematianya saya dapat merasakan kepulangan di kampung adalah tidak semeriah sambutannya seperti sambutan hari raya pada tahun-tahun yang lepas. Ini adalah kerana tidak ada lagi yang akan memberikan saya nasihat terutama dalam menempuh kehidupan di dunia ini yang banyak onar dan durinya. Ketika melintasi dapur di kampung saya dapat membayangkan ketika nenek masih hidup saya sentiasa menolong dan membantu nenek membuat ketupat dan rendang untuk dimakan di pagi syawal. saya juga dapat membayangkan setelah selesai solat hari raya nenek biasanya akan memberi duit raya kepada saya dan setelah kepergianya tidak ada lagi yang ingin memberi duit raya kepada saya lagi. Di hari raya ini saya banyak mendoakan nenek supaya rohnya tenteram dan damai di alam barzakh serta Allah s.w.t mengampunkan sekalian dosa-dosanya yang telah lalu. Oleh itu hargailah nenek anda ketika dia masih berada di bumi ini dan anda dikira bertuah kerana masih mempunyai seseorang yang sentiasa menyayangi dan menanti kepulangan anda di hari yang mulai ini hari raya.

Rancangan cuti semester


Assalamualaikum dan selamat sejahtera setelah habis peperiksaan akhir semester saya mohd hakimi bin abd razak bercadang ingin menggunakan cuti semester tersebut untuk mengambil lesen kereta yang sudah lama saya tinggalkan. Selain itu cuti semester ini juga dapat digunakan untuk melancong. Misalnya melancong ke pulau langkawi, melaka dan pulau langkawi, pulau tioman, pulau pangkor dan pulau perhentian. Walaubgaimanapun saya bercadang untuk melancong ke melaka kerana ia mengandungi banyak sejarah silam yang tidak dapat dilupai oleh bangsa melayu. Misalnya di melaka dapat mengatahui sejarah lagenda hang tuah dan sahabatnya yang bersungguh-sungguh mempertahankan bumi melaka daripada ancaman musuh di sekelilingnya terutamanya musuh daripada siam serta kepandaian dan kecekapan pemerintahan sultan-sultan melaka dalam mentadbir negara mereka. Selain itu di melaka juga dapat mengetahui tentang sejarah bangsa asing yang cuba menjajah melaka iaitu portugis dan belanda serta faktor penjajahan mereka. Di melaka bukan sahaja dapat mengatahui sejarah bangsa portugis dan belanda tetapi dapat melihat tinggalan banggunan yang telah ditinggalkan yang telah berusia ratusan tahun. Melalui tinggalan baggunan tersebut dapat diketahui mengapa portugis memilih untuk membina pertahananya di situ. Ini adalah tidak bukan kerana kawasan tersebut merupakan sebuah kawasan yang stategik. Di melaka juga dapat mengatahui tentang senjata-senjata tradisional yang digunakan oleh pejuang-pejuang melaka dalam mempertahankan diri mereka serta orang-orang besar melayu dan portugis seperti alfonso de albabequer dan sultan mansor syah dan tun mutahir. Di melaka juga dapat menikmati makanan istimewa mereka iaitu asam pedas mereka yang amat lazat serta cencaluk mereka. Di samping itu di melaka juga dapat mengenali orang-orang mereka yang baik hati dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain. Di melaka juga dapat menikmati kapal portugis yang dibina semula dimana pengunjung dan pelancong berpeluang melihat dan merasai tinggalan dan barang-barang yang digunakan oleh portugis untuk menjajah melaka seperti senapang dan bilik-bilik khas di dalam kapal tersebut. Di samping itu dapat mengatahui replika dan bentuk istana melaka yang dibina semula serta dapat mengatahui barang-barang perhiasan tradisional masyarakat melayu melaka. Oleh itu melaka mungkin menjadi tumpuan saya untuk melancong selepas tamat peperiksaan akhir semester.

Hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera setelah tamat bulan ujian iaitu bulan puasa selama 30 hari kita telah diberi satu hari yang amat gembira dan akan disambut oleh seluruh umat islam iaitu hari raya adilfitri. Hari raya adilfitri disambut oleh seluruh umat islam adalah bertujuan untuk mengingati kemenangan orang islam selepas sebulan puasa. Selain itu dengan menyambut hari raya adilfitri ini seluruh umat islam dapat saling maaf-memaafi antara satu sama lain yang secara tidak langsung dapat menghapuskan sifat-sifat mazmumah dan negatif yang ada pada diri setiap orang muslim. Hari raya ini juga menggalakan umat islam saling kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Dengan saling kunjung-mengujungi ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama muslim dan dapat mewujudkan sikap saling bantu-membantu. Ia juga dapat membuang sifat rasa asing pada diri seseorang. Di samping itu pada hari raya ini juga dapat menghapuskan dosa sesama makhluk yang bergelar manusia kerana di hari raya ini umat islam digalakan supaya saling bermaaf-maafan dan melupakan pekara yang telah berlaku. Hari raya juga dapat membantu golongan fakir miskin kerana pada hari raya kita akan menjamu tetamu untuk menikmati hidangan yang telah disediakan secara tidak langsung telah dapat menghilangkan rasa lapar dan dahaga yang ada pada tetamu tersebut lebih-lebih lagi jika tetamu tersebut adalah seorang fakir miskin. Pada hari raya juga juga kita digalakan membayar zakat. Dengan duit zakat tersebut dapat digunakan untuk membantu umat islam yang kurang bernasib baik dan dapat digunakan untuk pembanggunan umat islam misalnya dalam ekonomi. Dengan duit zakat tersebut juga mereka orang islam yang miskin dapat juga merasa kegembiraan untuk menyambut hari raya adilfitri. Walaubagaimanapun pada hari raya adilfitri ini umat islam hendaklah sentiasa mengawal hawa nafsu mereka sepertimana mereka mengawal hawa nafsu mereka ketika bulan puasa dan yang paling penting mereka umat islam mempertingkatkan amalan ibadat mereka seperti mana mereka mempertingkatkannya pada bulan puasa. Oleh itu hayatilah hari raya aidilfitri ini dengan sebaik-baiknya kerana di luar sana ada yang kuarang bernasib baik.

Friday, September 4, 2009

Berbuka puasa di luar bersama D1E5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada hari isnin saya bersa sungguh gembira kerana pada hari tersebut kumpulan saya iaitu d1e5 telah mendapat peluang untuk berbuka puasa di luar bersama lecture kami iaitu miss shima. Ia begitu seronok sekali kerana kami dapat merasakan kelainan apabila berbuka puasa secara berseorangan dengan secara beramai-ramai. pekara yang paling menyeronokkan lagi ialah makan di luar terdapat pelbagai lauk-pauk berbanding makan di kampus yang hanya terhad kepada makanan-makanan tertentu sahaja.Berbuka puasa di luar bersama rakan-rakan membuatkan saya terfikir ia bukan sahaja untuk keseronokan tetapi ia dapat membuatkan hubungan silaturahim kita bertambah kuat diantara satu sama lain. Bagi diri saya berbuka bersama kawan-kawan telah memberikan saya satu peluang untuk berkenalan dengan ahli-ahli kumpulan saya yang tidak dikenali. Dengan mengenali ahli-ahli kumpulan saya ia memberi peluang kepada saya untuk mendapat sesuatu pertolongan apabila diperlukan. Di samping itu berbuka puasa bersama mereka membolehkan saya bebrbincang tentang matapelajaran yang tidak difahami oleh saya dan memudahkan saya untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang belum diketahui. Berbuka puasa bersama mereka juga membuatkan saya berasa saya tidak keseorangan apabila berada di kampus ini. Pekara yang paling penting sekali ia telah mengajar saya yang bahawa kehidupan di kampus ini kita tidak boleh hidup secara berseorangan kita memerlukan pertolongan rakan-rakan untuk berjaya di uitm ini. Berbuka puasa bersama mereka juga dapat melepaskan tension dan pekara-pekara yang membimbangkan saya ketika berada di uitm ini. Apa yang diharapkan oleh saya aktiviti seperti ini diadakan lagi kerana ia amat menyeronokkn bagi diri saya.